SEJARAH DATARAN MERDEKA YANG RAMAI ORANG MALAYSIA TIDAK TAHU

Rakyat Malaysia mana yang tidak tahu Dataran Merdeka? Pastinya kita semua mengetahuinya, hatta anak-anak kecil sekalipun.

Namun, mungkin ramai yang tidak tahu sejarah Dataran Merdeka, bukan?

Sejarah Dataran Merdeka

Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor. Padang ini terletak di pusat pentadbiran lama Kuala Lumpur.

Pada asalnya ia merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor (kini dipanggil Kelab Diraja Selangor) yang seakan-akan struktur gaya kayu Tudor, dibina pada 1890 dan dikekalkan sebagai tempat untuk menonton perlawanan kriket pada petang Ahad. Bangunan gaya Tudor ini, adalah sangat berbeza berbanding Bangunan Sultan Abdul Samad yang menyerupai gaya Moghul.

Mengelilingi padang tersebut adalah bangunan bersejarah termasuk Bangunan Kelab Diraja Selangor yang terletak di penjuru padang di mana orang-orang penting Kuala Lumpur sering bertemu, Bangunan Sultan Abdul Samad, Muzium Sejarah Kebangsaan, dan Perpustakaan Peringatan yang dibina 1909, kathedral St Mary’s Anglican, bangunan stail Gothik yang berusia lebih seratus tahun dan kompleks Dayabumi moden yang menakjubkan.

Bangunan Sultan Abdul Samad

Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.

Kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (PWD).

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan di antara bangunan lama yang terdapat di Kuala Lumpur dan merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian rekabentuknya. Bangunan ini dibina pada tahun 1893. Tetapi perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu.

Bangunan ini siap dibina dan digunakan pada tahun 1897.

Bangunan itu merupakan mercu tanda Kuala Lumpur yang gagah pada masa itu. Bangunan tersebut terletak pada satu tapak di antara pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak dan terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategik, iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur.

Keluasan kawasan tersebut adalah 1.034 hektar, dan keluasan bangunan pula adalah 10,200 meter persegi. Di bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan.

Kedudukan bangunan dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen- General, Pejabat Besar Pos dan selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan.

Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978.

Tiang Bendera Jalur Gemilang

Antara ikon yang menjadi tanda di Dataran Merdeka ialah Tiang Bendera Jalur Gemilang. Tiang ini telah dibina semenjak tahun 1957, sempena kemerdekaan Malaysia pada tahun tersebut.

Tahukah anda, tiang bendera Jalur Gemilang di Dataran Merdeka yg berketinggian 95 meter itu pernah memegang rekod sebagai tiang bendera tertinggi di dunia! Rekod itu dipegang selama 23 tahun sejak 1957 hinggalah 1980, apabila Korea Utara mendirikan tiang bendera yg lebih tinggi.

Dapatkan Rehat Tubuh Badan Anda

Bangunan yang sudah berusia seperti Bangunan Sultan Abdul Samad masih kekal terpelihara kerana bangunan ini sentiasa dijaga dan dipulihkan setiap masa.

Samalah seperti diri kita.

Jika kita terus menjaga tubuh kita, maka pastilah juga tubuh kita dapat digunakan dengan lebih lama.

Selain daripada menjaga pemakanan serta bersenam, kita juga boleh berbekam dan melakukan urutan terapi badan untuk mengekalkan kesihatan diri.

Dapatkan khidmat terapi urut dan bekam di Pusat Terapi Ibnu Maktum, JB

___

Rujukan:

1.https://ms.wikipedia.org/wiki/Dataran_Merdeka

2.http://www.tbsbts.com.my/my/travellers/dataran-merdeka

3.https://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Sultan_Abdul_Samad

4.https://www.facebook.com/thewayoflifes/photos/a.383306095208192/1433287163543408/?type=3

Leave a Reply